Thursday, 12 February 2015

CERAMAH KESIHATAN OLEH PN ROSMANIZA PADA 10 FEB 2015




TERIMA KASIH CIKGU SITI FATONAH DAN CIKGU ZUMARIAH

Meja murid-murid yang ceria. Tahniah semua. Teruskan usaha anda menceriakan kelas. Sikap kerjasama anda amat dihargai.




Pemeriksaan kuku murid-murid adalah sebahagian amalan demi menjamin kesihatan diri. 

Friday, 6 February 2015

TERIMA KASIH CIKGU AZIZAH MALAN YANG PENYAYANG,KREATIF DAN RAJIN

Menghargai anak murid adalah sifat guru yang penyayang. Guru-guru sentiasa berkorban apa sahaja yang termampu dengan ikhlas demi kasih sayang. Murid-murid seronok ke sekolah apabila hari lahir mereka dihargai guru.

GURU-GURU BERTEMU MUKA DI BILIK MESYUARAT SKBS

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA GURU-GURU BARU. SENYUM DAN BERTEGUR SAPA AMALAN WARGA SKBS.

Sunday, 1 February 2015

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN PROGRAM JALINAN MESRA TAHUN 1 PADA 31 JANUARI 2015

Encik Norazman bin Samid selaku YDP PIBG SK. Bukit Sentosa telah merasmikan Majlis Penutupan Transisi Tahun 1.


Pn Isnayani bt Zulkapli, GPK 1 mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid  Tahun 1 kerana dapat meluangkan masa hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini bagi merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan anak-anak.

Kelihatan ibu bapa dan penjaga murid-murid yang memberi komitmen kepada pihak sekolah. PIBG SK Bukit Sentosa sentiasa memberi sokongan padu kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang disayangi. Mudah-mudahan SKBS terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


Persediaan sebelum majlis berlangsung. Jasamu sentiasa dikenang. Syabas cikgu-cikgu kerana memiliki anak-anak yang sungguh comel dan bijak. Kita sama-sama berusaha dan berdoa akan kesejahteraan bersama.
Raptai sebelum majlis di Dewan Budiman.

Ketua kelas dan Penolong Ketua kelas  diriingi oleh guru kelas masing-masing menerima cendera mata dan lencana daripada En Norazman bin Samid (YDP PIBG SK Bukit Sentosa)




Jutaan terima kasih dan sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini dengan sempurna.