Sunday 1 February 2015

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN PROGRAM JALINAN MESRA TAHUN 1 PADA 31 JANUARI 2015

Encik Norazman bin Samid selaku YDP PIBG SK. Bukit Sentosa telah merasmikan Majlis Penutupan Transisi Tahun 1.


Pn Isnayani bt Zulkapli, GPK 1 mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid  Tahun 1 kerana dapat meluangkan masa hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini bagi merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan anak-anak.

Kelihatan ibu bapa dan penjaga murid-murid yang memberi komitmen kepada pihak sekolah. PIBG SK Bukit Sentosa sentiasa memberi sokongan padu kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang disayangi. Mudah-mudahan SKBS terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


Persediaan sebelum majlis berlangsung. Jasamu sentiasa dikenang. Syabas cikgu-cikgu kerana memiliki anak-anak yang sungguh comel dan bijak. Kita sama-sama berusaha dan berdoa akan kesejahteraan bersama.
Raptai sebelum majlis di Dewan Budiman.

Ketua kelas dan Penolong Ketua kelas  diriingi oleh guru kelas masing-masing menerima cendera mata dan lencana daripada En Norazman bin Samid (YDP PIBG SK Bukit Sentosa)




Jutaan terima kasih dan sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini dengan sempurna.

No comments: