Saturday 21 February 2015

KURSUS PEMIMPIN KECIL 2015

TARIKH :  17 FEBRUARI 2015 (SELASA)
MASA    :  8.00 PAGI - 5.30 PETANG
TEMPAT :  SK BUKIT SENTOSA
SASARAN  : PENGAWAS SEKOLAH,
                      PENGAWAS PUSAT SUMBER,
                      TUNAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,
                      PEMIMPIN KELAB, PESATUAN & UNIT UNIFORM,
                      PENGAWAS SPBT
PERASMI :  PUAN YUSMA BT YUSOF (GURU BESAR)

TENTATIF
8.00 pg  -  Pendaftaran
8.30 pg  -  Pecah Bendungan
9.00 pg  -  Ceramah Kepimpinan (Ustaz Rosmadi Johari)
10.30 pg - Rehat
11.00 pg - LDK 1
1.00 ptg - Makan tengah hari & Solat Zohor
2.00 ptg - Tazkirah Zohor
2.30 ptg - LDK 2
3.45 ptg - Perasmian Penutupan
                (Guru Besar)
4.15 ptg - Minum petang
4.45 ptg - Solat Asar
5.30 ptg - Bersurai.











 REHAT DI KANTIN SEKOLAH.



Slot LDK Pembimbing Rakan Sebaya 




Slot LDK Pengawas Sekolah


Makan tengah hari bersama-sama. Amalan kebersihan diutamakan.




Tuesday 17 February 2015

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2015



Pada 16 Februari 2015 Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil talah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Syabas semua.





Thursday 12 February 2015

RAPTAI PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2015

Semua Pemimpin Kecil akan dilantik pada 16 Februari 2015. Pemimpin Kecil SKBS terdiri daripada Pengawas Sekolah, Tunas Pembimbing Rakan Sebaya (TPRS) , Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas SPBT.  Mereka telah diberi taklimat oleh guru agar majlis berjalan lancar. Raptai sesi pagi dan petang pada hari Jumaat.





LADAP KALI KE 2 PADA 14 FEB 2015 DI DEWAN BUDIMAN





CERAMAH KESIHATAN OLEH PN ROSMANIZA PADA 10 FEB 2015




TERIMA KASIH CIKGU SITI FATONAH DAN CIKGU ZUMARIAH

Meja murid-murid yang ceria. Tahniah semua. Teruskan usaha anda menceriakan kelas. Sikap kerjasama anda amat dihargai.




Pemeriksaan kuku murid-murid adalah sebahagian amalan demi menjamin kesihatan diri. 

Friday 6 February 2015

TERIMA KASIH CIKGU AZIZAH MALAN YANG PENYAYANG,KREATIF DAN RAJIN

Menghargai anak murid adalah sifat guru yang penyayang. Guru-guru sentiasa berkorban apa sahaja yang termampu dengan ikhlas demi kasih sayang. Murid-murid seronok ke sekolah apabila hari lahir mereka dihargai guru.

GURU-GURU BERTEMU MUKA DI BILIK MESYUARAT SKBS

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA GURU-GURU BARU. SENYUM DAN BERTEGUR SAPA AMALAN WARGA SKBS.

Sunday 1 February 2015

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN PROGRAM JALINAN MESRA TAHUN 1 PADA 31 JANUARI 2015

Encik Norazman bin Samid selaku YDP PIBG SK. Bukit Sentosa telah merasmikan Majlis Penutupan Transisi Tahun 1.


Pn Isnayani bt Zulkapli, GPK 1 mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid  Tahun 1 kerana dapat meluangkan masa hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini bagi merealisasikan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan anak-anak.

Kelihatan ibu bapa dan penjaga murid-murid yang memberi komitmen kepada pihak sekolah. PIBG SK Bukit Sentosa sentiasa memberi sokongan padu kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang disayangi. Mudah-mudahan SKBS terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


Persediaan sebelum majlis berlangsung. Jasamu sentiasa dikenang. Syabas cikgu-cikgu kerana memiliki anak-anak yang sungguh comel dan bijak. Kita sama-sama berusaha dan berdoa akan kesejahteraan bersama.
Raptai sebelum majlis di Dewan Budiman.

Ketua kelas dan Penolong Ketua kelas  diriingi oleh guru kelas masing-masing menerima cendera mata dan lencana daripada En Norazman bin Samid (YDP PIBG SK Bukit Sentosa)




Jutaan terima kasih dan sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini dengan sempurna.