Sunday 29 July 2012

BULAN RAMADHAN BULAN MULIA 


Sempena Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru bersama Jawatankuasa Kebajikan Murid SK Bukit Sentosa berusaha membantu anak-anak miskin dan yatim sekolah ini merasai kegembiraan Syawal seperti anak-anak yang lain.


Sumbangan ikhlas yang dihulurkan itu menjadi amal jariah yang berpanjangan di bulan yang penuh barakah ini.


 Mereka akan diraikan pada 13 Ogos 2012  (Isnin)  di Majlis Jalinan Kasih Ihya'Ramadhan 1433H bertempat di SKBS. Insyaallah.


Mereka yang memerlukan bantuan kita ada di  perhimpunan ini. Hulur bantuan anda segera.

Saturday 28 July 2012

Lencana PPDa dianugerahkan kepada ahli-ahli PRS oleh Pn Hjh Nor Shakila bt Kamaluddin. Pembimbing Rakan Sebaya juga merupakan agen untuk membantu merealisasikan objektif  'Tak Nak Rokok' tercapai.

Nur Izzah Azmar bt Shipun Azuddin (Naib Pengerusi PRS) menerima lencana PPDa dan diperhatikan oleh Muhammad Shahir Syafiqi b Mursyid Al -Hafiz (Pengerusi PRS)

 



Friday 27 July 2012

Pn Hjh Nor Shakila bt Kamaluddin (Guru Besar SK Bukit Sentosa) telah menyampaikan pelekat kenderaan "SKBS Say No To Drugs" kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah dan van sekolah pada 27 Julai 2012 (Jumaat). Pihak sekolah dan PIBG sering mengamalkan budaya kerjasama dalam setiap program anjuran Unit Bimbingan dan Kauseling.













Ahli PRS bersama Pn Hjh Nor Shakila  bt Kamaluddin (Guru Besar), Tn Hj Hamdan b Hamzah (PK 1), Pn Hjh Rohiah bt Ahmad (PK Hem) dan En Khairul Badli b Abd Rahman (Guru IT)

Friday 20 July 2012

PROGRAM PAUTAN KASIH UPSR 2012
Tarikh       :   18 Julai 2012
Hari          :    Rabu
Masa        :    8.00 pm - 10.30 pm
Tempat     :    Dewan Budiman SK Bukit Sentosa
Objektif    :
  1. Memberi kesedaran diri bahawa sahsiah adalah pemangkin kecemerlangan akademik setiap insan.
  2. Memperbaiki sikap dan keperibadian diri sebagai seorang anak yang bertanggungjawab kepada ibu bapa, guru-guru di sekolah dan masyarakat sekitarnya.
  3. Mengukuhkan ukhwah dan menjalin kerjasama yag erat di kalangan ibu bapa, guru-guru di sekolah dan masyarakat sekitarnya.  













ANAK-ANAK ADALAH PERMATA HATI IBU DAN AYAH. KAMI AKAN SENTIASA BERSYUKUR DAN BERDOA DENGAN KURNIAAN NYA.






Terima kasih sekalung budi kepada 
Tn Hj Ahmad Zamri b Shamsuddin (PPD Sabak Bernam)
Terima kasih kepada semua yang terlibat yang sentiasa memberi sokongan.


Wednesday 11 July 2012

Motivasi Tahun 5 berlangsung di Dewan Budiman mulai 11 Julai 2012 mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Murid-murid tahun 5 yang terlibat telah menunjukkan sahsiah yang sangat baik ketika penceramah memberikan rahsia seronoknya belajar matematik.

 Pn Zariyati Laili bt Zakaria

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN 
Tarikh      :  10 JUN 2012  (Selasa)


Sesi pendaftaran murid-murid SKBS oleh guru kelas masing-masing.







Ceramah Kesihatan oleh Pn Norhayati Mohd Zaini