Thursday 25 February 2021

PELAN SEKOLAH 2021

PANDUAN KEPADA IBU BAPA SK. BUKIT SENTOSA 2021.
SELAMAT DATANG KE SKBS .  SEMOGA SEMUA WARIS TELAH MEMBUAT PERSIAPAN AWAL UNTUK ANAK-ANAK KE SEKOLAH.


Pelan kelas 2021




Semua murid Pra-sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan memulakan sesi persekolahan dalam norma baharu pada 1 Mac 2021.

Waktu persekolahan sesi petang :
1.00 petang - 5.50 petang  ( Isnin-Khamis)
2.00 petang - 5.50 petang ( Jumaat)

Murid Tahun 1 akan balik 5.20 petang sepanjang minggu Transisi. 

Pintu pagar hadapan (pintu kecil) sahaja untuk laluan masuk dan keluar pada minggu pertama ini.

Suhu akan diambil oleh guru bertugas. Pelitup muka mesti dipakai dengan cara yang betul.

Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak yang hadir ke sekolah sihat dan tidak dalam kumpulan kontak rapat Covid-19.  Pastikan  nombor telefon yang terkini ada dalam simpanan pihak sekolah.

Murid-murid akan bergerak mengikut laluan ke tempat transit. 
Murid-murid Tahun 1 di Dewan Budiman
Murid-murid Tahun 2 di Dewan Terbuka.

Pihak kantin akan membekalkan makanan mengikut pesanan murid. Rehat di dalam kelas bersama guru.

Ibu bapa diminta sentiasa bersabar dan prihatin tentang keselamatan bersama terutama waktu balik. 

Patuhi SOP

Penting:
- Pesan kepada anak-anak supaya tidak mengikut orang yang tidak dikenali. 

- Kenali nama pengusaha bas atau van. Guna tanda pada beg untuk memudahkan guru bertugas.

- Sentiasa menjaga barang sendiri. Sediakan baju hujan jika perlu.

- Cara penggunaan tandas yang betul.  Cara pengurusan diri anak-anak sentiasa diterapkan.

- Sentiasa hormati rakan, guru dan orang yang ada di sekeliling mereka.

- Sentiasa jaga kebersihan diri dan kebersihan sekolah.

- Memberi semangat agar anak-anak seronok ke sekolah.

Bantulah pihak sekolah dan PIBG SK. Bukit Sentosa bagi melicinkan perjalanan hari persekolahan dalam norma baharu 2021.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BUKIT SENTOSA
TERIMA ANDA TANPA SYARAT.

** IBU BAPA TIDAK DIBENARKAN MASUK KE DALAM KAWASAN SEKOLAH WAKTU AWAL SESI PERSEKOLAHAN.**
**HARAP MAKLUM.**










 

Monday 22 February 2021

INFO UBK

 Sayangi dan hormati mereka.


Saturday 20 February 2021

PENTING UNTUK IBU BAPA DAN PENJAGA

 **JIKA ANDA PULANGKAN BUKU SPBT....

ANDA TELAH BANTU 

MURID-MURID LAIN MENDAPAT BUKU SPBT ITU.**

Terima kasih.

(Jika ada masaalah segera hubungi guru kelas atau guru bimbingan da kaunseling untuk membantu anda)

Friday 19 February 2021

Thursday 18 February 2021

Tuesday 16 February 2021

Monday 15 February 2021

JADUAL PENGAMBILAN BUKU SPBT

Tahun 4 


Tahun 1,2 dan 3



Pelan pergerakan ibu bapa atau penjaga pada hari tersebut.





Tuesday 9 February 2021

CUTI TAHUN BARU CINA


 

PEMULANGAN DAN PENERIMAAN BUKU SPBT TAHUN 6 TELAH BERMULA HARI INI.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARIS TAHUN 6 YANG HADIR MENGIKUT MASA YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH GURU-GURU TAHUN 6 DAN AJK SPBT. TAHNIAH!

MARILAH KITA TERUS BERDOA AGAR WABAK COVID-19 DAPAT DITANGANI SEGERA. KITA TERUS MENGIKUTI SOP YANG ADA DAN KEKALKAN PENJARAKAN SOSIAL.

#terusberkomunikasidengangurukelasanak-anak

#tanganistresdenganbijak

#setiapmasalahbolehdiselesaikan

#kitajagakita




 


Sunday 7 February 2021

INFO TERKINI

 Makluman kepada ibu bapa dan penjaga:


Pihak sekolah sentiasa mengharapkan kerjasama daripada semua waris murid- murid SK Bukit Sentosa untuk menjaga penjarakan sosial dan bersabar.

Pastikan anda terus berkomunikasi dengan guru kelas anak-anak.

SENYUM DAN CERIA SELALU. ANDA BOLEH MENANGANI SEMUA SITUASI DENGAN TENANG. 





Friday 5 February 2021

Thursday 4 February 2021

INFO SK BUKIT SENTOSA


 Maklumat kepada ibu bapa yang masih belum mengambil buku aktiviti anak-anak Tahun 1, 2 dan 3 sesi 2021. Mohon bertindak segera dengan menghubungi guru kelas atau guru bimbingan dan kaunseling.

Hari ini pengedaran buku aktiviti kepada murid Tahun 2 & 3 mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas yang terlibat berdasarkan jadual yang telah dimaklumkan menerusi group whatsapp atau telegram. Terima kasih.

*** Tindakan segera ibu bapa akan memudahkan pembelajaran anak- anak di rumah.  Sentiasa jaga SOP agar kita sihat dan selamat.

#ubksediamembantu


Wednesday 3 February 2021

Tuesday 2 February 2021

INFO PKP


Rakyat Malaysia Bersama-sama Hentikan Wabak Covid-19.

Monday 1 February 2021

PENGAGIHAN BUKU AKTIVITI BERMULA HARI INI MENGIKUT JADUAL

 


Makluman kepada ibu bapa murid Tahun 2 dan Tahun 3 (2021)

Kerjasama para ibu bapa untuk terus berinteraksi dengan guru kelas anak-anak masing- masing melalui group kelas.

Jadual pengambilan buku secara drive thru telah dilampirkan. Harap maklum.

Sekiranya perlukan bantuan mohon maklum kepada guru kelas, penyelaras tahun atau guru bimbingan dan kaunseling SK Bukit Sentosa.

TERIMA KASIH KEPADA WARIS YANG HADIR HARI INI. 

SYABAS!