Wednesday, 13 June 2012






Wajah ceria rakan- rakan sekelas yang telah menghasilkan karya kerja kumpulan "Kad Ucapan Terima Kasih " terbaik 2012. Sikap kerjasama mereka perlu diteladani oleh semua warga SKBS.  Mereka juga berazam untuk mencapai kejayaan cemerlang UPSR 2012.

Thursday, 7 June 2012

PROGRAM PENYERAHAN
MENTEE KEPADA MENTOR
OLEH PUAN HJH ROHIAH BT AHMAD (GPK HEM)
PADA 23 MEI 2012
 PENYELARAS TAHUN 4
 PENYELARAS TAHUN 5
PENYELARAS TAHUN 6





SESI BERGAMBAR DI MAJLIS " HARI LAHIR" 
GURU-GURU SK BUKIT SENTOSA 2012

AMALKAN CARA MAKAN SIHAT 
LEBIHKAN PENGAMBILAN 
BUAH DAN SAYUR

Bagaimana mendapat faedah yang terbaik daripada buah-buahan dan sayur-sayuran
1. Semasa menyediakannya:
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebaik sahaja ia dipotong. Jangan sediakan sayur-sayuran terlalu awal sebelum masa memasak.
  • Elakkan dari membasuh atau merendam buah-buahan dan sayur-sayuran selepas ia dipotong.
2. Cara memasak:
  • Jika merebus, didihkan air dahulu, baru masukkan sayur-sayuran.
  • Masak sayur-sayuran dengan sedikit air.
  • Guna cara memasak yang rendah lemak seperti:
-Kukus
-Rebus
-Tumis dengan minyak yang sedikit
-Celur
-Mikrowave
  • Elakkan memasukkan bikarbonat dalam sayur-sayuran.
  • Elakkan dari memasak terlalu lama.

Program Mentor Mentee dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Semua pihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya.

Peranan Mentor:
-Membina hubungan mesra dengan mentee supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
-Memberi bimbingan dan dorongan agar berkeyakinan menghadapi peperiksaan.
-Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik.
-Mengadakan perjumpaan mingguan dalam kumpulannya untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan  teguran membina dan bertanyakan hal-hal peribadi yang mengganggu pelajaran.
-Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
-Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa mentee.

Peranan Mentee
-Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:
a. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
b. Melaporkan keputusan ujian-ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatkan prestasi mereka.
c. Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu  pelajaran mereka
d. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada mentornya dengan hati yang terbuka demi meningkatkan prestasi.
e. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.