Thursday 7 June 2012

AMALKAN CARA MAKAN SIHAT 
LEBIHKAN PENGAMBILAN 
BUAH DAN SAYUR

Bagaimana mendapat faedah yang terbaik daripada buah-buahan dan sayur-sayuran
1. Semasa menyediakannya:
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebaik sahaja ia dipotong. Jangan sediakan sayur-sayuran terlalu awal sebelum masa memasak.
  • Elakkan dari membasuh atau merendam buah-buahan dan sayur-sayuran selepas ia dipotong.
2. Cara memasak:
  • Jika merebus, didihkan air dahulu, baru masukkan sayur-sayuran.
  • Masak sayur-sayuran dengan sedikit air.
  • Guna cara memasak yang rendah lemak seperti:
-Kukus
-Rebus
-Tumis dengan minyak yang sedikit
-Celur
-Mikrowave
  • Elakkan memasukkan bikarbonat dalam sayur-sayuran.
  • Elakkan dari memasak terlalu lama.

No comments: