Tuesday 19 August 2014

WALKATHON AMAL PIBG PADA 23 OGOS 2014.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU, BAPA DAN PENJAGA MURID-MURID  SK BUKIT SENTOSA YANG TELAH MENYERAHKAN KAD WALKATHON AMAL BESERTA WANG SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH. KERJASAMA TUAN DAN PUAN AKAN MEMBERI SINAR DAN HARAPAN KEPADA KAMI, WARGA SKBS UNTUK MENIKMATI PADANG SENDIRI YANG TELAH LAMA KAMI IDAM-IDAMKAN. TERUSLAH MENYUMBANG UNTUK MENAMBAH DANA MELALUI PROGRAM PIBG INI. TUNAIKANLAH HAJAT KAMI. 


Sebahagian kecil hadiah yang telah diterima oleh PIBG SK Bukit Sentosa yang ada di Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Sebahagian lagi hadiah ada di pejabat SKBS. Sumbangan berupa wang tunai atau hamper amat di alu-alukan.  Sumbangan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan secara peribadi atau syarikat dapat mengembirakan anak-anak kecil pada hari Walkathon Amal PIBG pada 23 Ogos 2014 bertempat di SK Bukit Sentosa. Sumbangan ikhlas anda harapan kami warga SKBS.



Inilah  antara sumbangan tenaga dan masa guru-guru dan staf sokongan SKBS demi anak didik yang memerlukan sebuah padang sendiri agar bebas dan selamat semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. Terima kasih kepada AJK PIBG yang bertungkus-lumus membantu pihak sekolah. Mudah-mudahan segala curahan bakti semua yang membantu diberkatiNYA. Amin. 


Aturcara program di atas sebagai panduan. Sebarang pindaan tertakluk kepada urusetia program berdasarkan keadaan semasa. Mudah-mudahan perjalanan program seperti yang dirancang.

No comments: