Sunday 13 July 2014

AKTIVITI BULAN RAMADHAN "BUSANA MUSLIM 2014"

Wajah-wajah yang dipamerkan ini memperlihatkan keseronokan ketika berada di sekolah walaupun mereka sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid telah melicinkan perjalanan aktiviti Panitia Agama Islam iaitu Busana Muslim 2014 ini. Ibu bapa dan penjaga yang turut serta menyediakan pakaian, memberi semangat dan latihan kepada anak-anak yang disayangi ini diucapkan jutaan terima kasih. Apa yang penting semua peserta dapat pengalaman baru dan menjadi lebih yakin dengan potensi diri mereka. Mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada semua.
























No comments: