Thursday 2 January 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014 DAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa memulakan sesi persekolahan Tahun 1 pada 2 Januari 2014 bersamaan hari Khamis. Ibu bapa dibenarkan menghantar anak-anak mereka untuk memberi semangat , tunjukajar serta menunjukkan tanda kasih sayang yang tidak ternilai antara ibu bapa dan anak. Kenangan ini akan terus terpahat di hati sanubari anak-anak kecil ini apabila mereka dewasa kelak. Disamping itu keakraban antara guru-guru dan ibu bapa dan penjaga anak-anak kecil ini terus terjalin erat. Semua pihak harus sedar tentang  matlamat yang ingin dicapai maka seharusnya sentiasa berfikiran positif dan melaksanakan musyawarah bersama. Harapan kita agar anak-anak ini menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Insyaallah.



Guru Bertugas mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan murid-murid Tahun 1. Sedikit penerangan awal untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga yang dikasihi.


Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tahun 1.


Puan Masita mengendalikan murid-murid baru yang tidak hadir ujian diagnostik yang telah diadakan pada bulan Disember 2013. 


Murid-murid Tahun 1 membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat.

Slot Unit Bimbingan dan Kauseling di Dewan Budiman yang dikendalikan oleh Puan Norhaini dan Puan Jaslina, kaunselor SKBS.

Nilai-nilai murni diterapkan secara didik hibur.

Guru-guru Tahun 1 yang berwibawa turut mengawasi murid-murid Tahun 1.


Keberanian dan keyakinan diri terserlah di kalangan murid Tahun 1 walaupun pada hari pertama persekolahan. Syabas.






Slot Disiplin telah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Widyan guru disiplin sesi petang.


Program Transisi Kenali Sekolah ku Bersama Cikgu Sayang. 
 Cikgu Anizah Husin dan murid-murid Tahun 1 Cempaka

 Cikgu Maimunah Yusof dan Murid-murid Tahun 1 Anggerik

Cikgu Azizah Omar dan Murid-murid Tahun 1 Bakawali

No comments: