Sunday 29 July 2012

BULAN RAMADHAN BULAN MULIA 


Sempena Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru bersama Jawatankuasa Kebajikan Murid SK Bukit Sentosa berusaha membantu anak-anak miskin dan yatim sekolah ini merasai kegembiraan Syawal seperti anak-anak yang lain.


Sumbangan ikhlas yang dihulurkan itu menjadi amal jariah yang berpanjangan di bulan yang penuh barakah ini.


 Mereka akan diraikan pada 13 Ogos 2012  (Isnin)  di Majlis Jalinan Kasih Ihya'Ramadhan 1433H bertempat di SKBS. Insyaallah.


Mereka yang memerlukan bantuan kita ada di  perhimpunan ini. Hulur bantuan anda segera.

No comments: