Pages
Friday, 30 January 2015
Thursday, 29 January 2015
PROGRAM TRANSFORMASI DIRI TAHUN 3
Unit Bimbingan dan Kauseling telah melaksanakan Transformasi Diri Tahun 3 pada 29 Januari 2015 bertempat di Dewan Budiman SKBS. Pada jam 4.30 petang murid-murid Tahun 3 telah bergerak ke Dewan Budiman diiringi guru-guru waktu berkenaan.
Program ini diharap dapat membentuk nilai-nilai positif tentang adab berkawan, adab berada di jalanraya, adab menjaga buku teks serta menghargai sekolah kita yang disayangi.
Sunday, 25 January 2015
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & GURU TAHUN 6 PADA 24 JAN 2015 (SABTU)
Matlamat program adalah mewujudkan permuafakatan yang positif di antara ibu bapa dan guru-guru Tahun 6 (UPSR)
PERJALANAN PROGRAM LANCAR. MAJLIS SELESAI PADA JAM 11.30 PAGI.
Objektif program ialah:
- Ibu bapa mendapat pendedahan tentang teknik pemarkahan mata pelajaran teras kertas peperiksaan UPSR 2015
- Penerangan lengkap tentang aktiviti Tahun 6 beserta jumlah perbelanjaan yang dianggarkan secara terperinci.
- Membolehkan ibu bapa dan guru-guru berkomunikasi tentang permasalahan anak-anak masing-masing.
- Mewujudkan hubungan mesra dan permuafakatan yang padu berkaitan anak-anak.
- Meningkatkan peranan PIBG SKBS dalam suasana mesra bagi melahirkan murid yang cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















