Perjumpaan pengawas sekolah sesi pagi dan sesi petang bertujuan memberi ruang kepada pemimpin kecil meningkatkan potensi kepimpinan mereka dan memahami tugas yang diamanahkan demi kesejahteraan warga SKBS.
Murid-murid SKBS bersyukur kerana mereka selalu mendapat info kesihatan daripada guru-guru unit kesihatan dan guru-guru bertugas. Ceramah pendek dan berbentuk santai amat sesuai bagai murid-murid Tahap 1 ini. Kesedaran tentang penjagaan kesihatan memberi kebaikan kepada semua. Mudah-mudahan SKBS terus melahirkan insan-insan kecil yang cemerlang dunia dan akhirat.