Sunday, 1 July 2012

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN  PADA 8 JULAI 2012.
Acara akhir telah dijalankan pada 28 Jun 2012 untuk murid Tahun 4 dalam acara lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi.
Acara lompat jauh
Peserta-peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing.
Wakil rumah sukan acara lonar peluru
Tahniah kepada pemenang acara lontar peluru   (P) 2012




Ahli Rumah Jingga sedang mendengar taklimat daripada guru.
Kupon makanan diberi kepada semua ahli Rumah Jingga pada hari Jumaat. Ucapan terima kasih berkumandang lagi.

Pn Hjh Nor Shakila bt Kamaluddin telah sudi menyampaikan hadiah kepada atlet-atlet yang berjaya di Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-7 .

Suasana di SMK Bukit Sentosa 2


PROGRAM TAUTAN KASIH 2012 
Program ini berlangsung pada 30 Jun 2012/ 10 Syaaban 1433H. Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Budiman SKBS. Program ini melibatkan murid-murid ASNAF yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun yang telah disenaraikan oleh pihak zakat. 

Murid-murid Asnaf sesi pagi sedang mendengar taklimat.
Taklimat kepada murid-murid Asnaf sesi petang oleh Pn Norhaini dan Pn Sri Nur Faeza.
Mesyuarat AJK Program Tautan Kasih di Bilik Audio SKBS



Aktiviti di Dewan Terbuka SKBS
Aktiviti bersama murid Asnaf di Bilik Audio SKBS.
Program Eksplorasi Ilmu anjuran Unit Bimbingan dan Kauseling ini dapat dijalankan dengan sempurna  kerana mendapat sokongan daripada pihak pentadbir dan ibu bapa murid-murid SKBS. Penerapan nilai-nilai murni berjaya diterapkan kepada murid-murid dalam situasi yang berbeza iaitu lebih kepada bersantai.


Pada 30 Jun 2012 (Sabtu) murid-murid telah  melawat Pusat Sains Negara (pameran dinasour), Taman Orkid, Muzium Polis, Masjid Negara dan Tugu Negara. Semua murid dan guru pengiring yang terlibat kelihatan ceria. Program ini amat berkesan untuk menanggani stress guru-guru SKBS. Alhamdulillah.


Taman Rusa
Muzium Polis
Taman Orkid
 Pusat Sains Negara.
Sahsiah peserta eksplorasi tetap dipelihara dan diamalkan.
Sabar menunggu kehadiran ibu bapa untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing selepas eksplorasi ilmu anjuran UBK. 
HARI TERBUKA SKBS PADA 29 JUN 2012 (JUMAAT) 
Ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah hadir ke sekolah untuk berjumpa guru-guru kelas.  Peluang interaksi dua hala ini telah digunakan sepenuhnya demi kasih sayang dan tanggung jawab yang tidak berbelah bagi terhadap anak-anak didik SKBS. Syabas.












Pegawai PPD turut memantau program guru penyayang pada 29 Jun 2012.


 
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PPDa 2012
Program ini telah berjalan lancar pada 23 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu. Guru-guru telah bekerjasama untuk menceriakan kawasan sekolah seiring dengan tema "Murid Ceria Tanpa Dadah".
Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Tugas mengecat dan menceriakan lorong-lorong dan sudut-sudut PPDa berlangsung hingga 12.00 tengah hari. PIBG SKBS juga sama-sama membantu untuk mencapai matlamat yang digariskan agar semua anak didik SKBS ceria dan amalan sayangi sekolah terus mantap di hati mereka.







En. Norazman bin Samid (Yang DiPertua PIBG) dan En Azhar bin Ahmad (Naib Yang DiPertua PIBG) juga hadir pada hari tersebut.

KAUNSELOR SKBS
Cikgu Azmi dan Cikgu Fairuz membantu menggantung banner PPDa di hadapan bilik bimbingan dan kaunseling SKBS