Thursday, 25 February 2021

PELAN SEKOLAH 2021

PANDUAN KEPADA IBU BAPA SK. BUKIT SENTOSA 2021.
SELAMAT DATANG KE SKBS .  SEMOGA SEMUA WARIS TELAH MEMBUAT PERSIAPAN AWAL UNTUK ANAK-ANAK KE SEKOLAH.


Pelan kelas 2021




Semua murid Pra-sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan memulakan sesi persekolahan dalam norma baharu pada 1 Mac 2021.

Waktu persekolahan sesi petang :
1.00 petang - 5.50 petang  ( Isnin-Khamis)
2.00 petang - 5.50 petang ( Jumaat)

Murid Tahun 1 akan balik 5.20 petang sepanjang minggu Transisi. 

Pintu pagar hadapan (pintu kecil) sahaja untuk laluan masuk dan keluar pada minggu pertama ini.

Suhu akan diambil oleh guru bertugas. Pelitup muka mesti dipakai dengan cara yang betul.

Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak yang hadir ke sekolah sihat dan tidak dalam kumpulan kontak rapat Covid-19.  Pastikan  nombor telefon yang terkini ada dalam simpanan pihak sekolah.

Murid-murid akan bergerak mengikut laluan ke tempat transit. 
Murid-murid Tahun 1 di Dewan Budiman
Murid-murid Tahun 2 di Dewan Terbuka.

Pihak kantin akan membekalkan makanan mengikut pesanan murid. Rehat di dalam kelas bersama guru.

Ibu bapa diminta sentiasa bersabar dan prihatin tentang keselamatan bersama terutama waktu balik. 

Patuhi SOP

Penting:
- Pesan kepada anak-anak supaya tidak mengikut orang yang tidak dikenali. 

- Kenali nama pengusaha bas atau van. Guna tanda pada beg untuk memudahkan guru bertugas.

- Sentiasa menjaga barang sendiri. Sediakan baju hujan jika perlu.

- Cara penggunaan tandas yang betul.  Cara pengurusan diri anak-anak sentiasa diterapkan.

- Sentiasa hormati rakan, guru dan orang yang ada di sekeliling mereka.

- Sentiasa jaga kebersihan diri dan kebersihan sekolah.

- Memberi semangat agar anak-anak seronok ke sekolah.

Bantulah pihak sekolah dan PIBG SK. Bukit Sentosa bagi melicinkan perjalanan hari persekolahan dalam norma baharu 2021.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK BUKIT SENTOSA
TERIMA ANDA TANPA SYARAT.

** IBU BAPA TIDAK DIBENARKAN MASUK KE DALAM KAWASAN SEKOLAH WAKTU AWAL SESI PERSEKOLAHAN.**
**HARAP MAKLUM.**










 

No comments: