Thursday, 7 June 2012

Program Mentor Mentee dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Semua pihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya.

Peranan Mentor:
-Membina hubungan mesra dengan mentee supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
-Memberi bimbingan dan dorongan agar berkeyakinan menghadapi peperiksaan.
-Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik.
-Mengadakan perjumpaan mingguan dalam kumpulannya untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan  teguran membina dan bertanyakan hal-hal peribadi yang mengganggu pelajaran.
-Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
-Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa mentee.

Peranan Mentee
-Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:
a. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
b. Melaporkan keputusan ujian-ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatkan prestasi mereka.
c. Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu  pelajaran mereka
d. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada mentornya dengan hati yang terbuka demi meningkatkan prestasi.
e. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.






No comments: