Thursday, 29 January 2015

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama murid-murid tahun 1 dalam program transisi.



PROGRAM TRANSFORMASI DIRI TAHUN 3

Unit Bimbingan dan Kauseling telah melaksanakan Transformasi Diri Tahun 3 pada 29 Januari 2015 bertempat di Dewan Budiman SKBS. Pada jam 4.30 petang murid-murid Tahun 3 telah bergerak ke Dewan Budiman diiringi guru-guru waktu berkenaan.




Program ini diharap dapat membentuk nilai-nilai positif tentang adab berkawan, adab berada di jalanraya, adab menjaga buku teks serta menghargai sekolah kita yang disayangi. 

Sunday, 25 January 2015

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA & GURU TAHUN 6 PADA 24 JAN 2015 (SABTU)

Matlamat program adalah mewujudkan permuafakatan yang positif di antara ibu bapa dan guru-guru Tahun 6 (UPSR)













PERJALANAN PROGRAM LANCAR. MAJLIS SELESAI PADA JAM 11.30 PAGI. 

Objektif  program ialah:
  1. Ibu bapa mendapat pendedahan  tentang teknik pemarkahan mata pelajaran teras kertas peperiksaan UPSR 2015
  2. Penerangan lengkap tentang aktiviti Tahun 6 beserta jumlah perbelanjaan yang dianggarkan secara terperinci.
  3. Membolehkan ibu bapa dan guru-guru berkomunikasi tentang permasalahan anak-anak masing-masing.
  4. Mewujudkan hubungan mesra dan permuafakatan yang padu berkaitan anak-anak.
  5. Meningkatkan peranan PIBG SKBS dalam suasana mesra bagi melahirkan murid yang cemerlang.

Wednesday, 21 January 2015

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI TAHUN 2 DI DEWAN BUDIMAN SKBS

Tn Hj Kamarul Zaman bin Noor Mohamed , Penyelia Petang SKBS telah memberi kata semangat dan nasihat buat murid-murid  SKBS yang disayangi.  
Program dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Pengisian program sudah pasti membawa kebaikan kepada murid-murid untuk melakukan perubahan sikap yang positif. 



Terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru SKBS yang sentiasa memberi sokongan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling menjalankan tanggungjawab kami bagi melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak  mulia. 

Sunday, 18 January 2015

PROGRAM PENGUKUHAN DISIPLIN TAHUN 2 DAN 3 ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program ini memberi pendedahan tentang pengurusan diri, sentiasa berfikiran positif dan mengukuh serta mengamalkan budaya disiplin di sekolah agar keselamatan warga SKBS terjamin.

Slot suaimesra dikendalikan oleh Pn Norhaini bt Panot. Kelihatan juga Ustaz Widyan, Pn Norrafizan bt Azizan (Penyelaras Tahun 2) dan Pn Rosnida Mohamed Dali.

  


 Program Pengukuhan Tahun 3 juga di adakan di Dewan Budiman pada 16 Januari 2015.




Wednesday, 14 January 2015

PENGAGIHAN WANG BANTUAN KHAS (BKAP) 2015

Tarikh : 14 JAN 2015
Hari   : RABU
Tarikh akhir pengambilan wang bantuan khas ini pada 30 Januari 2015.

Tuesday, 13 January 2015

Perhimpunan rasmi kali pertama di Dewan Budiman. Puan Zanariah selaku ketua guru bertugas kumpulan 1.

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke sekolah. Kelihatan ibu bapa dan penjaga murid-murid hadir ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan Terima kasih.



ORIENTASI TAHUN 1 DAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program Orientasi Tahun Satu  bersama guru-guru Tahun Satu sesi 2015 selaras dengan amalan guru penyayang. Program ini sangat penting kepada semua terutamanya murid-murid yang baru melangkah ke alam baru persekolahan. agar dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan serta persekitaran baru.






Peraturan sekolah dipatuhi agar keselamatan ketika berada di kawasan sekolah terjamin. Ibu bapa juga berpeluang bertemu guru-guru yang membantu mengawasi serta mendidik anak mereka. Ukhwah yang terjalin memberi sinar dan kejayaan kepada warga SKBS.

Monday, 12 January 2015

JOM KE SEKOLAH

HARI PERTAMA MURID-MURID TAHUN 1 MELANGKAH KE SEKOLAH SKBS. TAHNIAH!




PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI &  AMALAN GURU PENYAYANG.


Friday, 9 January 2015

SEMANGAT CIKGU DEMI MURID TERSAYANG





Hiasan pintu kelas yang cantik dan bermaklumat. Selamat datang ke kelas anda.