Friday, 28 June 2013

LIRIK LAGU IMPIAN KEJAYAAN

JUARA
( JATI DIRI UNTUK AKAL RENTAP 5 A )

Hayati lirik lagu ini untuk motivasi diri ke arah kejayaan anda.

IMPIAN KEJAYAAN 

1.  Memang aku ingin lulus dengan cemerlang
     dalam UPSR yang bakal menjelang
     itulah impian
     memang ku inginkan menjadi idaman.

2.  Aku kan usaha tumpukan pelajaran
     rajin-rajin belajar memang tidak main
     cikgu beri ilmu
     akan ku bertanya jika tidak tahu

3.  Kejayaan itu pastiku raih jua
     Menjadi hadiah buatmu ayahbonda
     juga untuk guru yang berjasa
     Insan yang kucinta
     Impian ku ini bukan janji semata
     akan ku usaha dengan daya upaya
     kerna aku kasih aku buktikannya pada 
     seluruh dunia

    Kita mesti sedia jangan buang masa
    ulangkaji segera jangan erus leka
    bangkitlah berjuang
    nanti kan menyesal tiada guna


ULANG 3

******

ULANG 1,2 & 3

     Kita masih muda, masa lagi menanti
     Jangan kita leka juga membuang masa
     ayuhlah berusaha
     nanti kan menyesal tiada guna

     nanti kan menyesal tiada guna
     nanti kan menyesal tiada guna.

(Ciptaan Puan Juma'ayah Hj Md Yasin)
Guru Cemerlang Pengajian Islam

(rentak : Aku anak kampung)


SEBELUM BERTOLAK KE TERATAK NALYS



KETIKA BERADA DI TERATAK NALYS.








PENGURUSAN MASA DAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KENDALIKAN OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBS






SUASANA DI DEWAN MAKAN





SUASANA DI SURAU

















HARI TERBUKA 2013

TARIKH    :    28 JUN 2013 (JUMAAT)
MASA SESI PAGI :   8.00 am -12.00 pm
SESI PETANG       :   3.00 pm - 6.00 pm

Semua guru kelas bersedia menanti kehadiran ibu bapa dan penjaga murid-murid SKBS dengan gembira untuk kebaikan bersama. Insyaalah, pertemuan dan perbincangan dua hala ini sebagai laluan bersama untuk meningkatkan prestasi akademik dan menangani masalah emosi anak-anak dalam situasi persekitaran yang mencabar masa kini. Mudah-mudahan segala usaha murni kita dipermudahkan oleh Allah Taala.






















Sunday, 23 June 2013

JEREBU

KESAN JEREBU KEPADA KESIHATAN KITA

* Gatal-gatal tekak dan batuk-batuk
* Dada terasa sesak nafas atau susah bernafas
* Kegatalan kepada kulit
* Hidung berair dan bersin
* Mata merah, pedih dan gatal mata

Index pencemaran udara (IPU)

*      0-  50    Baik
*    51-100    Sederhana
*  101-200    Tidak Sihat.
*  201-300    Sangat Tidak Sihat
*  301-500    Berbahaya

Saturday, 22 June 2013

JOHAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH

TAHNIAH !

Berkat usaha, kerjasama dan doa semua pihak, kejayaan telah dicipta.